PAKAIAN
TRADISINOAL MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK
PAKAIAN WANITA KAUM IBAN
Bidang
Wanita Iban
memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat
daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada
dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai
pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias
oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara
tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik
dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada
diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional
yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang
berwarna merah.
Bedong
Wanita Iban juga
memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai
selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam
upacara-upacara rasmi.
Marek
Empang
Marek empang atau
hiasan dada yang diperbuat dari manik dan berbola kain bertujuan untuk menutup
bahagian atas baju kecil atau kemban . Hiasan diri wanita iban, sarat dengan
barangan perak seperti tali pinggang berbentuk duit syiling, rawai dan
sugu tinggi (perhiasan di kepala).
PAKAIAN LELAKI KAUM IBAN
Baju
Burung
Pakaian Istiadat
suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung atau Gagung (sejenis baju yang tebal
dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak
dijahit kiri dan kanannya)dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik.
Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.
Kain
Sirat
Kain Sirat atau
kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang
berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau
tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan
sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang
dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.
Dandong
Ia merupakan kain
selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong.
Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus
barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat
daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
KELAMBI (Baju)
Baju Kaum Iban
yang dipanggil kalambi atau baju pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika
upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada
sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan
ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi
berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke
lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi
yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias
dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan
binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu
sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara
ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan
burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil
tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan
karangan manik.
![]() |
Pakaian Tradisional Masyarakat Iban ( Wanita ) |
![]() |
Pakaian Tadisional Masyarakat Iban ( Lelaki ) |